Kuala Lumpur – Touch ‘n Go eWallet hari ini mengumumkan kerjasama dengan 7-Eleven bagi membolehkan kemudahan pembayaran dan tambah nilai di kesemua cawangan 7-Eleven di seluruh negara.

Merupakan sebahagian daripada usaha berterusan, kini menambah dan menggalakkan penggunaan Touch ‘n Go eWallet supaya menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Usaha ini juga selari dengan matlamat Touch ‘n Go eWallet untuk berkembang di lebih banyak pusat pembelian runcit, yang meliputi kawasan dalam dan luar bandar.

Penerimaan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven membuka ruang kepada para pengguna menikmati cara pembayaran yang lebih mudah, terutamanya untuk para pelanggan yang sentiasa mengejar masa. Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli pin tambah nilai di mana-mana cawangan 7 Eleven yang sentiasa tersedia 24/7.

CEO TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata Touch ‘n Go eWallet berasa bangga menjadi rakan kongsi pembayaran 7-Eleven disamping menaik taraf kehidupan rakyat, dan juga mempercepatkan proses pembayaran dan berurus niaga secara digital di mana-mana sahaja di Malaysia.

 

 

“Kehidupan rakyat Malaysia didorong oleh kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan kepantasan mendapatkannya. Ini juga merupakan fokus utama buat Touch ‘n Go eWallet. Penambahan 7-Eleven ke dalam satu kumpulan rakan niaga kami yang kian bertambah merupakan satu nilai untuk kami dan juga pengguna kami” katanya.

Kami percaya kerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet, penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, memastikan
yang kami sentiasa mengikuti perkembangan landskap dunia perniagaan yang sentiasa berubah, pada masa yang sama memenuhi keperluan pembayaran pengguna yang sentiasa berevolusi serta menyokong usaha Kerajaan untuk menyeru rakyat menerima pembayaran digital,” kata Colin Harvey, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia.

Sempena kerjasama ini, pengguna yang pertama kalinya memilih untuk membayar tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven akan menikmati rebat RM8 dengan memasukkan PIN tambah nilai TNGJG7N1. Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun 7-Eleven, pengguna juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat seperti:

● Dari 1 hingga 7 November 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membelanjakan RM11 ke atas dalam satu resit akan menerima cashback sebanyak RM7 (sah untuk 1 kali transaksi sahaja).

● Dari 8 November hingga 31 Disember 2019, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM20 dalam satu resit, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menerima rebat tunai sebanyak RM4. Rebat ini terhad kepada (2 kali) sahaja bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen ini.

 

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat promosi ini, sila layari https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.7eleven.com.my/ .

Log masuk di www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini mengenai semua perkhidmatan dan promosi lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.