Shah Alam – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini merasmikan penutup Hari Inovasi LKIM 2019 dengan menyaksikan penglibatan sebanyak 9 kumpulan yang melibatkan 80 orang pegawai dan kakitangan LKIM dari seluruh negeri . Manakala penyertaan dalam kategori lain seperti pertandingan pidato seramai 28 orang dan penyertaan esei seramai 14 orang.

Penganjuran Hari Inovasi ini menunjukkan komitmen warga LKIM untuk terus membudayakan inovasi dalam tugas seharian. Pada tahun ini keseluruhan penyertaan seramai 122 orang peserta melibatkan acara KIK, Pidato dan Esei.

Johan pertandingan Hari Inovasi 2019 ini membawa KIK Inderapura dari LKIM Pahang sebagai johan manakala KIK Eureqa dari LKIM Pulau Pinang sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh KIK Protani dari LKIM Ibu Pejabat. Masing-masing dibawah kategori KIK Penciptaan.

 

 

Bagi kategori KIK Penambahbaikan dimenangi oleh KIK Hobin dari LKIM Negeri Sembilan sebagai johan, naib johan dimenangi KIK Bubok dari LKIM Wilayah 3 Miri dan tempat ketiga pula untuk KIK Juragan turut dari LKIM Wilayah 3 Miri.

LKIM turut menyediakan anugerah bagi Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat Terbaik yang melibatkan 3 kategori iaitu Ibu Pejabat, Pejabat Negeri dan Pejabat Wilayah/ Daerah. Penganugerahan ini sekaligus menunjukkan bahawa warga LKIM amat komited untuk terus membudayakan inovasi dalam tugas seharian. 

 

Dalam majlis sama, sambutan Ulang Tahun ke-48 Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) turut diadakan. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Jemaah Lembaga LKIM, Pengurusan Tertinggi LKIM, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah-pengarah LKIM Negeri serta Pegawai-pegawai dan kakitangan LKIM.