Kuala Lumpur – Pengurusan jualan CARiNG Pharmacy dengan kerjasama Nestlè Health Science hari ini mengadakan Forum Awam “Live Well with Diabetes” khusus menekankan penjagaan kesihatan dalam aspek pegawalan pemakanan serta kesedaran mencegah dan mengawal penyakit diabetes.

Melalui laporan Kementerian Kesihatan pada tahun 2017, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dengan jumlah 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes. Angka ini membawa Malaysia kepada jumlah tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia dijangka
menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

 

 

 

Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy, Encik Chong Yeow Siang dalam ucapannya berkata jumlah peratusan tertinggi penghidap diabetes di Malaysia adalah berada di tahap merisaukan dan kepentingan program kesedaran perlu diterapkan di peringkat awam. 

“Diabetes adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami, dan kami berbangga bahawa forum ‘Live Well with Diabetes’ ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami” katanya.

 

Turut hadir, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science, Cik Maria Rica Mier, pakar-pakar penjagaan kesihatan dari Becton Dickinson Sdn. Bhd., Duopharma Biotech Berhad dan Bionime Malaysia Sdn. Bhd yang diundang untuk memberikan ceramah tentang mitos dan salah faham tentang diabetes dan insulin, teknik-teknik
suntikan insulin dan juga ekosistem e-kesihatan diabetes.

 

 

 

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan juga penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran selama tiga bulan merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah berterusan dan perancangan pemakanan yang direka khusus yang turut mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlé Health Science.

 

 

 

CARiNG juga turut memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (DMS) yang merupakan sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah. Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit- pesakit untuk menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna.

 

 

Para jemputan yang hadir turut berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang produk susu diabetik disamping membuat pemeriksaan tahap glukosa dalam darah.