Petaling Jaya – realme Malaysia, jenama telefon pintar yang semakin mendapat perhatian dan permintaan tinggi didunia telah meraikan ulang tahun pertamanya ini dengan lebih 4,000 pengguna dan peminat setia realme malam tadi.

Sambutan berlangsung di Sunway Lagoon, realme telah memberikan hampir 4,000 tiket percuma kepada pengguna realme peluang merasai sendiri detik menyeramkan dan keseronokan Nights of Fright 7 yang mana realme telah menjadi penaja telefon pintar utama.

 

 

Night of Frights 7 membawa para pengunjung merasai sendiri aura dan pengalaman seram dalam  rumah-rumah hantu yang menakutkan dengan 8 rumah hantu, 2 scare zone, satu teater berhantu, 11 permainan dan 2 persembahan pentas.

realme juga turut berbesar hati memberikan hadiah percuma berupa telefon pintar realme, pas ekspress, voucer diskaun skating ais, lencana baju dan pelbagai lagi kepada pengunjung bertuah yang menyertai permainan roda pintar. 

 

Rata-rata pengunjung yang hadir menyatakan rasa terima kasih kepada realme Malaysia kerana memberi peluang merasai sendiri pengalaman ke Night of Frights 7 dan berharap realme akan terus sukses menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia dan di dunia.

 

 

Selain itu, 3 peminat realme yang bertuah akan menjadi pemilik baru realme XT yang merupakan telefon pintar 64MP Snapdragon pertama di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,399.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti terkini Realme, sila rujuk dan ikuti Facebook mereka di  halaman di https://www.facebook.com/realmeMalaysia