Genting Highland – Peminat Marvel pasti masih lagi rasa terkesan dengan filem Avengers: Endgame dan kehangatan filem tersebut masih terasa. Bagaimana jika kami katakan anda boleh berjumpa dengan karakter-karakter tersebut dan berjuang bersama mereka?

 

Dengar sahaja sudah buat anda teruja kan? Avengers: Damage Controls ini memberikan anda satu pengalaman virtual reality (VR) dimana menjadikan anda juga adiwira dan berjuang bersama adiwira yang lain.

Efek yang diketengahkan cukup ‘real’ kerana ketika diserang dan berlaku letupan, kami dapat rasakan kepanasannya dan juga hembusan angin. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi adiwira kerana anda harus peka dan berjuang habis-habisan walaupun asyik ditembak.

Malah, kami juga dapat merasakan tembakan apabila ditembak. Bagi kami, ini adalah satu pengalaman yang unik dan cukup menarik. Keseronokan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, anda harus cuba sendiri barulah anda tahu.

Jika anda berminat untuk merasai pengalaman luar biasa ini, anda boleh ke The Void di Genting Highland dan adalah diingatkan bahawa ianya hanya pada waktu terhad sahaja. Harga tiket masuk hanyalah RM130 seorang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini.

Cuti sekolah bakal tiba, maka dengan adanya tarikan terbaharu ini akan dapat membantu ibu bapa membawa anak-anak anda berhibur di sini.

Advertisements