Petaling Jaya – DJI hari ini melancarkan produk terbaru mereka iaitu DJI Mavic Mini yang mempunyai berat 249 gram saja.

 

Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Global DJI Kevin On berkata, DJI Mavic Mini direka khusus untuk mereka yang gemar melakukan penggambaran di luar tanpa perlu membawa pelbagai peralatan yang berat.

DJI Mavic Mini ini dilancarkan untuk pasaran tempatan hari ini dengan sasaran jualan pertengahan bulan ini.

 

Ia dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Pada waktu yang sama jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 kilometer.

Dron ini juga amat mudah untuk diterbangkan bagi individu pertama kali kerana ia dilengkapi dengan tatacara penerbangan, tips serta beberapa panduan mudah.

Pakej biasa untuk DJI Mavic Mini dijual pada harga RM1,599 dan ini termasuk alat kawalan, satu pek bateri, kipas gantian dan beberapa peralatan lain.

Untuk pakej kombo pula, ia dijual pada harga RM1,999 dan didatangkn dengan semua peralatan pakej biasa serta turut dilengkapi dengan sangkar kipas 360 darjah, alat pengecas dua hala, dua pek bateri tambahan, tiga set kipas gantian dan beg.

 

Advertisements