Bersempena dengan promosi satu hari pada 11 November 2019 yang lalu di Lazada, realme XT telah berjaya dinobatkan sebagai telefon pintar 64MP pilihan nombor 1 oleh pengguna tempatan. realme XT (8GB + 128GB) yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 712 ini ditawarkan pada harga RM1,399.

realme sebelum ini baru sahaja dinobatkan oleh Counterpoint sebagai jenama telefon pintar paling cepat berkembang sebagai jenama telefon pintar global terbesar untuk tahun 2019. Nampaknya jenama yang baru sahaja menembusi pasaran Malaysia pada November 2018 yang lalu telah mencatatkan dua lagi pencapaian baharu dalam jualan ‘Lazada 11.11 Sale’.

 

Manakala realme 5 Pro dan realme 5 pula turut mencatatkan rekod pencapaian sebagai telefon pintar kuad kamera pilihan nombor 1 sempena promosi Lazada 11.11.

Miliki realme XT dan realme 5 Pro/5 di Lazada: