Program ‘Talk Series’ Yayasan Peneraju fokus objektif era media digital

Kuala Lumpur – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Persatuan Alumni Yayasan Peneraju (ShYFT) mengadakan sesi ceramah santai (Talk Series) yang mengfokuskan mengenai pengetahuan, kebaikan dan keburukan serta hala tuju kerjaya berteraskan media sosial.

Melalui Program Peneraju Profesional (pensijilan profesional), Peneraju Skil (pensijilan TVET) dan Peneraju Tunas (program akademik), Yayasan Peneraju menerima cabaran untuk merealisasikan aspirasi bakat-bakat Bumiputera agar dapat meningkatkan daya saing di peringkat global dan seterusnya menguasai ekonomi, selaras dengan arus perdana pembangunan negara.

 

 

Selaras itu, Nina Sharil Khan, Pengasas PopCon dan personaliti youtube, Cassidy La Creme sebagai penceramah jemputan berkongsi mengenai pengetahuan menyeluruh dalam membina kerjaya serta empayar melalui platform media sosial yang popular pada masa kini. 

 

Dalam konteks kerjaya, Nina turut berkongsi antara beberapa personaliti yang telah berjaya menjana pendapatan tinggi dalam saluran media sosial seperti Sujimy Mohamad, Makhluk Macho, Ibu Salbiah, Cupcake Aishah, Aida Azira dan ramai lagi.

“Industri pada masa kini bergerak pantas dan kita seharusnya juga harus cepat meneroka cabang baharu dan berani kehadapan untuk seiring dengan peningkatan era media digital”.

“Media sosial mampu menjana pendapatan bukan sahaja bagi golongan belia malah golongan berumur juga boleh, ini adalah cabaran dan peluang baru dan lebih diminati berbanding media tradisi” katanya.

 

 

 

Cassidy La Creme pula berpendapat program seperti ini adalah bagus untuk golongan belia menggunakan peluang menggunakan media sosial kearah yang lebih baik bukan sahaja mencipta populariti positif malah sebagai lapangan menyampaikan info berguna kepada masyarakat.

 

 

Sesi ceramah santai ini merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan bumiputera secara sejagat dan berterusan dalam memastikan bakat baharu terus berada dalam kapasiti berkualiti, berdaya saing dan efektif.

Ianya merupakan program yang bakal diadakan setiap suku tahunan dalam pelbagai topik berbeza sesuai perkembangan masa kini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s