Ampang –  Acara sukan mempertahankan diri yang julung kalinya diadakan secara percuma disekitar Ampang, Kampung Pandan dan Pandan Jaya serta melibatkan penggiat sukan Amatur dan profesional kini bakal kembali pada 14 disember nanti bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Kuala Lumpur. 

Acara sukan lasak yang diberi nama “Rentap Night” ini bakal mempertandingkan 7 piala kejuaraan iaitu piala Timbalan Perdana Menteri, piala YDP MPAJ, piala AADK dan hadiah penaja lainnya. Penonton disajikan dengan aksi penawanan tinju Muay-Thai yang secara teknikalnya mengikut sistem kalah mati.

 

 

Sidang media turut dihadiri Dato Izhar Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Mohd Aris Ismail, Ahli Majlis MPAJ dan Fairul Ezly selaku Pengarah Kejohanan.

Dato Izhar dalam keterangannya berkata, AADK berbesar hati menaja sebuah piala bagi meningkatkan lagi semangat kesukanan di kalangan golongan belia menyertai aktiviti sukan yang berfaedah disamping mencungkil bakat baharu.

 

 

Pengarah Teknikal Rentap Night, Fairul Ezly Ramli berkata, sebanyak 8 regu profesional dan 2 regu pilihan digandingkan pada malam pertandingan itu nanti bagi merebut gelaran juara yang akan dijalankan mengikut sistem kalah mati. Selain itu setiap perlawanan akan dijalankan sebanyak lima pusingan dan setiap pusingan berlangsung selama tiga minit. 

Acara lekat regu diadakan bagi memilih pasangan regu yang bakal digandingkan bertarung pada malam perlawanan itu nanti berdasarkan umur dan berat badan peserta. 

 

Program Rentap Night ini menyaksikan penyertaan golongan belia lingkungan 18 tahun keatas yang mewakili Kelab Muay-Thai sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Orang ramai dijemput memeriahkan malam perlawanan. Masuk adalah percuma.