Kelana Jaya – Seramai 8 orang artis terpilih mengikuti program umrah tajaan RRAB Travel & Tours Sdn Bhd bermula 19 februari sehingga 21 november tahun hadapan.

Program umrah bersama artis otai ini dijalankan bagi mengimarahkan ibadah disamping menfokuskan amal jariah bagi membantu golongan artis otai mengerjakan ibadah ke tanah suci Mekah. Antara artis yang terpilih adalah Ali XPDC, Mel Wings, Ijam Medicine, Zul Handy Black, Iwan, Zul Yahya, Taiyuddin dan Shamsul Ghau Ghau.

 

 

Pengarah Urusan, Apyan Idris memaklumkan pemilihan artis otai ini adalah sebagai salah satu amal jariah dari pihak syarikat disamping dapat menarik orang ramai mengikuti program umrah yang dijalankan sepanjang tahun. Setiap artis yang dipilih boleh membawa pasangan turut serta menjalankan ibadah umrah.

“Alhamdulillah, saya dibantu saudara Ijam Medicine dalam memilih artis otai yang akan menyertai program umrah ini, fokus kami bukan sahaja sebagai rangka promosi tetapi lebih kepada amal jariah membantu mereka dapat melakukan umrah di tanah suci”

 

“InsyaAllah, ini adalah program fasa 1 dan akan ada fasa 2 seterusnya untuk kami buka kepada artis-artis wanita untuk berpeluang menyertai program ini. Antara artis wanita yang saya sudah fikirkan contohnya seperti Uji Rashid dan insyaAllah pihak pengurusan akan bertemu dan berbincang dengan beliau” katanya kepada Malaysianews TV.

Antara pengisian yang akan dijalankan sepanjang program umrah ini adalah termasuk program khatam Al Quran, melawat Jabal thur, Jabal Rahmah, Arafah, masjid Quba, masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan pelbagai lagi. Selain itu, program ini juga bakal diisi dengan lokasi lawatan tambahan seperti Maghar (Gua Merawat Luka Rasulullah SAW),
masjid Fasah Maharis (Gua Rasulullah Berlindung), stesyen keretapi Turki, masjid Ambariya, masjid Musobbih, telaga Iziq, telaga Salman Al Farisi dan telaga Ghars.

 

Bagi orang ramai yang ingin turut serta, pakej bermula RM6750 dan bolehlah menghubungi 03-7865 2693 atau layari https://www.rrabtravel.com.my/