KUALA LUMPUR – KidZania Kuala Lumpur akan menganjurkan program pencarian bakat “Be A Star” At Kidzania Kuala Lumpur´ pada 17 Mac hingga 8 April 2018.

Program tersebut bertujuan untuk meraikan hak kanak-kanak menerusi muzik, lakonan, peragaan dan juga penggunaan teknologi, kata Datuk Bandarnya, Shahrul Nizar Ahmad.

“Kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan menarik yang membolehkan mereka mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi,” katanya pada sidang media semalam.

Beliau berkata, maskot KidZania Kuala Lumpur, RightZKeepers diwujudkan untuk menyokong sepenuhnya hak kanak-kanak menerusi Urbano (Hak untuk belajar), Beebop (Hak untuk mencipta),Chika (Hak untuk berkongsi), Vita (Hak untuk beramal), dan Bache (Hak untuk bermain).

“Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan akan banyak membantu mereka dewasa kelak dan bertepatan dengan falsafah kami untuk “ learn life today,” tambah beliau.

UJI BAKAT TERBUKA

Menurut KidZania, setelah mempelajari kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai pertandingan pencarian bakat ‘Be A Star´ dengan menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my.

Mereka juga boleh menyertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018. Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam pusingan akhir di hadapan para juri.

 

“Be A Star At Kidzania Kuala Lumpur” disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment dan MyBeat Drum Circles.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur atau hubungi talian khidmat pengguna di KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 8 malam setiap Isnin hingga Ahad.