Kuala Lumpur – Touch ‘n Go eWallet mengumumkan kerjasama mereka dengan WWF-Malaysia pada hari ini yang berlangsung di persekitaran Taman Tugu. Melalui kerjasama selama setahun, bakal pengguna-pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh mendaftar untuk akaun mereka dan gunakan kod ini, TNGUBBMX untuk mendapatkan softpin bernilai RM8 secara percuma. Dengan setiap pengaktifan Touch‘n Go eWallet melalui kod ini, Touch ‘n Go eWallet akan menyumbang RM4 kepada WWF-Malaysia. Sumbangan RM4 ini akan disalurkan terus kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia untuk hidupan liar dan hutan yang terancam.

“Perkongsian ini membolehkan kami mengetengahkan kelebihan dan fleksibiliti Touch ‘n Go eWallet. Walaupun kami mensyorkan penggunaannya untuk pembayaran harian, kami juga memberikan rakyat Malaysia peluang untuk menyumbang dan menyokong usaha-usaha yang penting. Kami menggabungkan kepakaran teknologi kami dengan usaha-usaha WWF-Malaysia untuk menyeru rakyat Malaysia berkempen bagi membantu hidupan liar yang terancam, hanya dengan satu klik pada telefon pintar mereka. Kerjasama kami dengan WWF-Malaysia untuk memelihara alam sekitar merupakan saat yang cukup penting bagi kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong.

 

Touch ‘n Go eWallet telah menerajui urus niaga harian rakyat Malaysia seperti pembayaran tol, urus niaga runcit, bil dan juga tempat letak kereta. Dalam usaha mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara tanpa tunai, Touch ‘n Go eWallet telah mengambil peluang untuk mendidik para pengguna mengenai usaha pemuliharaan WWF-Malaysia melalui sumbangan dana seperti ini.

Sumbangan ini akan disalurkan ke arah pemuliharaan kehidupan marin, harimau, gajah, dan juga kawasan perlindungan. Hidupan liar dan hutan telah terlalu lama diabaikan dan ini telah memberi kesan buruk kepada ekosistem. Touch ‘n Go eWallet kini membuka ruang untuk membolehkan rakyat Malaysia turut serta dalam penjagaan alam sekitar dengan menyediakan pelbagai program di mana pengguna boleh membuat perubahan dan menyokong usaha WWF-Malaysia.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim berkata, “Saya bangga kerana ini adalah perkongsian antara NGO pertama di antara WWF-Malaysia dan TNG Digital Sdn Bhd dan saya yakin ia dimulakan pada masa yang sesuai. Dunia kini semakin prihatin dengan masalah yang dihadapi disebabkan perubahan iklim dan krisis-krisis alam sekitar yang lain, dan kami mengalu-alukan lebih banyak perkongsian antara syarikat dan NGO seperti kami. Syarikat-syarikat teknologi khususnya, dapat memainkan peranan besar dalam masyarakat di samping program-program tanggungjawab sosial korporat tradisional mereka, sekaligus memberikan impak yang hebat. Ia merupakan hubungan dua hala. Syarikat boleh menyediakan tenaga kerja, dana dan menyediakan data pemasaran dan penyelidikan yang tidak boleh diakses oleh syarikat bukan keuntungan seperti kita. Jika ia berfungsi, perkongsian ini dapat menyatukan rakyat untuk menyelesaikan isu global, contohnya, usaha pemuliharaan alam sekitar WWF-Malaysia.

“Kerjasama dengan WWF-Malaysia ini bakal berlangsung selama setahun dengan WWF-Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia membuat perubahan dan memperjuangkan kepentingan ekosistem. Usaha pemuliharaan bukan sekadar menjadi tanggungjawab mereka di dalam bidang yang berkaitan, tetapi ia juga menjadi tanggungjawab bagi semua yang telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Inilah sebabnya Touch ‘n Go eWallet mengambil langkah proaktif untuk membuat perubahan positif, dan semuanya boleh dilaksanakan dengan kerjasama bersama WWF-Malaysia.

Untuk maklumat terkini mengenai kerjasama bersama WWF-Malaysia, layari laman web WWF-Malaysia wwf.org.my/TNGeWallet atau laman Facebook Touch ‘n Go eWallet www.facebook.com/touchngoewallet/. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan di Google Play Store.