Kuala Lumpur – Diljit Dosanjh yang popular dengan lagu irama muzik Bhangra bakal menemui peminat di Malaysia dalam satu konsert ‘BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYSIA 2019’ pada 13 Disember 2019  di KL Live, Kuala Lumpur.

Persembahan yang dibawakan oleh Hitman Solution itu  merupakan kali pertama kemunculan penyanyi popular ini  dan sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para peminat. Antara lagu-lagu popular yang bakal dipersembahkan adalah termasuk Do You Know, 5 Taara, Put Jatt Da, Raat Di Gedi dan banyak Iagi.

Penerima anugerah ‘Most Popular Song of The Year’ dan ’Best Bhangra Song of The Year’ Anugerah Muzik Punjabi PTC ini merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara televisyen yang terkenal di India. Malah merupakan selebriti sosial media untuk lndustri Hindi dan Punjabi.

Diljit memulakan perjalanan seninya pada tahun 2004 melalui album Ishq Da Uda Ada dan kini merupakan salah seorang penyanyi terkenal bukan sahaja di negara kelahirannya malah di seluruh dunia kini telahpun meraih 20 anugerah sepanjang bergelar penyanyi dan 7 anugerah melalui lakonannya. Memiliki 13 buah album, 21 buah filem Bollywood dan Punjabi serta 4O buah single sepanjang kariernya, beliau merupakan antara artis yang mempunyai jumlah tontonan sebanyak 253 juta kali di laman YouTube.

Dari kiri: Rohit Rampal, CEO Hitman Solutions

Popularitinya terbukti dengan penjualan tiket awal (early bird) dan premium yang telah habis terjual dan sejak mula dibuka pada 4 november lalu dan kini hanya tiket biasa yang berharga RM249 sahaja yang masih boleh didapati.

Bagi anda yang ingin membuat pembelian ’pakej’ upper deck, boleh menghubungi talian+60125015783/+60123805783 untuk tempahan atau layari laman web www.myticket.asia