Putrajaya – Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) menganjurkan Festival Batu Permata Habib dengan mempamerkan koleksi terbesar batu permata bermula 26 November sehingga 1 Disember 2019 di IOI City Mall, Putrajaya. Festival ini berlangsung sempena promosi jualan akhir tahun 2019.

Festival julung kali diadakan itu menawarkan pelbagai jenis batu permata yang menonjolkan keindahan bentuk, warna dan saiz, namun apa yang lebih penting ianya dijual pada harga berpatutan. Promosi ini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk pelbagai jenis kemasan batu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadiq Habib, berkata penganjuran Festival Batu Permata Habib itu bertepatan dengan aliran semasa gaya pemakaian barangan kemas yang mula memberikan perhatian terhadap penggunaan batu permata.

 

“Di seluruh dunia, kita dapat lihat ada permintaan yang tinggi terhadap batu permata pelbagai warna sebagai barang kemas. Selain itu, kita juga dapat melihat pendedahan masyarakat terhadap batu permata sudah menunjukkan peningkatan.

“Ramai daripada pelanggan kami juga menunjukkan minat terhadap batu permata yang lain daripada yang lain. Antara koleksi yang terdapat dalam koleksi permata kami ialah spinel dan paraiba,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Festival Batu Permata Habib, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Habib turut mengadakan pertunjukan fesyen yang menampilkan  12 koleksi batu permata Habib yang digayakan oleh model ala puteri istana, sesuai dengan tema jualan akhir tahun Habib iaitu Magical Holiday Festivity.

 

Antara koleksi barangan kemas  yang ditawarkan pada festival berkenaan seperti berlian pelbagai bentuk, potongan dan karat, emas 916 terutama koleksi Oro Italia 916, jongkong emas, batu permata dan mutiara.

Apa yang lebih menarik, terdapat juga koleksi istimewa yang hanya ditawarkan ketika Jualan Akhir Tahun Habib iaitu Koleksi Eksport yang terkenal dengan rekaannya yang eksklusif bagi berlian terpilih pada setiap barang kemas.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai festival berkenaan, Meer Sadiq berharap pelanggan yang hadir ke Festival Batu Permata Habib itu dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai batu permata.

 

“Walaupun secara umumnya ramai yang sudah tahu mengenai batu permata, tetapi pengetahuan mereka mungkin masih belum cukup mendalam. Di sini, kita ada pakar yang begitu arif mengenai batu pertama termasuklah ahli gemologi.

“Di samping itu, ramai kakitangan kami yang memiliki tauliah dalam bidang gemologi. Sehubungan dengan itu, kami dapat memberi penerangan kepada semua pelanggan dengan lebih mendalam lagi mengenai batu permata,” katanya.

 

Bagi yang yang masih tercari-cari hadiah untuk sambutan akhir tahun mahupun bagi majlis perkahwinan, barangan kemas Habib yang terdiri daripada batu permata pelbagai bentuk, warna dan karat dalam loket, cincin, gelang dan anting-anting boleh didapati pada harga serendah RM330.

Selain itu, lebih 1,000 koleksi barang kemas yang dihiasi batu permata berharga turut dipamerkan untuk dijual pada Jualan Akhir Tahun Habib.

Jualan Akhir Tahun Habib 2019 berlangsung serentak di semua 28 bilik pameran Habib seluruh negara dengan menampilkan potongan harga menarik sehigga 1 Januari 2020.

Potongan harga istimewa juga ditawarkan sepanjang Festival Batu Permata Habib yang berlangsung sehingga 1 Disember 2019, antaranya:

  • Potongan sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian dan batu permata
  • Hadiah percuma dengan sebarang pembelian RM1,000 dan keatas dalam satu resit (sementara stok masih ada)
  • Potongan RM10 hingga RM20 per gram untuk emas 916