Kuala Lumpur- Marilyn Monroe, merupakan seorang selebriti paling ikonik sepanjang zaman. Terkenal dengan rambut platinum blonde dan gincu merah, menjadi ikon fesyen zaman dan masih diminati sehingga kini. Peminatnya bukan sahaja di Amerika malah meliputi seluruh dunia dan ini membuktikan aura mendiang masih menjadi malar segar.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan EuroAsia Integrated Sdn Bhd, Fauziah Said berbesar hati menyumbang koleksi bikini Marilyn Monroe kepada Galeri Wafa sebagai menyokong usaha pemiliknya Syed Yusof Wafa yang mengumpul koleksi seni dan juga peminat kepada mendiang aktres tersebut.

Menurut Fauziah, koleksi bikini tersebut dibeli di luar negara sekitar tahun 80-an kerana sememangnya beliau amat meminati dan mengumpul koleksi seni. 

“Saya beli koleksi bikini di Switzerland kerana memang suka mengumpul, dan baru-baru ini saya bertemu Wafa dan melihat lukisan Marilyn Monroe yang dilukis oleh Imuda lalu saya katakan padanya yang saya ada koleksi bikininya”

“Jadi, saya terus berhasrat menyerahkan koleksi tersebut untuk dipamerkan dalam galeri beliau” katanya.

Syed Yusof Wafa melahirkan rasa gembira dan teruja atas kesudian Fauziah menyerahkan koleksi tersebut untuk diabadikan di galerinya.

Selain itu, Fauziah juga turut memaklumkan syarikatnya kini bakal memasarkan produk makanan tambahan khusus untuk golongan lelaki yang mengalami masalah prostat. Produk yang mengembalikan tenaga serta membantu merawat ereksi tersebut boleh didapati di facebook / instagram: Prostiresine