Cheras – Pusat membeli belah MyTOWN baru-baru ini melancarkan kempen Krismas mereka yang bertemakan ‘The Gift of Kindness’ yang bakal memukau para pengunjung dengan hiasan yang sungguh menarik. Destinasi sehenti untuk membeli belah, untuk beriadah bersama keluarga dan pertemuan sosial telah mengalami transformasi menyeluruh dan tepat pada masanya untuk menyambut musim kegembiraan dan keseronokan sempena perayaan Krismas.

Atrium utama di Central Town kini mempamerkan simbol adat Christmas, konifer hijau yang menawan yang penuh dengan perhiasan elegan dan bungkusan yang dibungkus di bawahnya. Hiasan yang sungguh memukau ini mencerminkan usaha MyTOWN untuk memberi pelawat suasana Krismas yang benar-benar memikat.

Untuk terus menghangatkan suasana kemeriahan krismas selain hiasan dalamannya yang sudah cukup menarik, MyTOWN juga telah memulakan aktiviti menarik dan pelbagai diskaun serta hadiah menarik boleh dinikmati.

Sehingga hari perayaan nanti, pusat membeli-belah akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bengkel untuk keluarga yang bertujuan untuk menceriakan dan meningkatkan mood semua pembeli sempena kemeriahan Krismas. Antara senarai aktiviti yang tersedia adalah Bengkel Kesenian & Kraf Kanak-Kanak, bertujuan untuk mengajar kanak-kanak kegembiraan menghias pokok Christmas, membuat hadiah, dan salon tattoo bertema Christmas (sementara). Di samping itu, musim cuti akan menampilkan barang-barang tambahan seperti perkhidmatan pembalut hadiah percuma, popcorn cart dan pengembara badut belon yang menghiburkan anak-anak.