Kuala Lumpur – WCOPA adalah kejohanan bakat yang mengumpulkan penyanyi, penari, pelakon, ahli muzik dan model dari lebih 72 negara. Kejohanan ini merupakan Olimpik bagi dunia persembahan bukan sahaja bidang nyanyian tetapi menfokuskan seni pentas dan ianya disertai lebih 5000 peserta seluruh dunia.

Malaysia telah mula menghantar peserta sejak tahun 2005 dan bukan sahaja berjaya membawa pulang pingat malah secara tidak langsung mengharumkan dan mampu mempromosi adat budaya tanah air. 

MATME Sdn Bhd, pemegang hak eksklusif kejohanan ini di Malaysia telah berjaya membawa seramai 150 orang peserta dalam pelbagai latar seperti vokal, tarian, alat muzik, peragaan, lakonan dan pelbagai lagi. Selain itu, pelbagai baju tradisional Malaysia turut dipromosikan dalam upacara pembukaan dan berjaya memenangi anugerah Best National Costume selama 6 tahun berturut-turut.

MATME juga telah melantik Tuah Cahaya (M) Sdn Bhd dan Pertubuhan Adat & Seni Budaya Warisan Negara bagi menjayakan pemilihan pasukan Malaysia ke WCOPA seterusnya. Selain itu, sebagai pemudah cara dalam mencari sokongan dari penggiat seni dalam merealisasikan impian para karyawan seni negara.

Dari kiri, Romli Bidin, Pengarah Urusan Matme Sdn Bhd, Datuk Seri Josephine Duyuk Tuah, Aktivis Seni dan Budaya, Syafiq Idzwan, Presiden Adat dan Budaya Warisan Negara (PASWAN) dan Y.M Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, Aktivis Seni dan Budaya

Bagi pemilihan pasukan Malaysia tahun 2020, uji bakat akan berlangsung di Miri bagi peserta Sabah dan Sarawak, manakala bagi peserta di Semenanjung pula akan berlangsung di Kuala Lumpur pada februari tahun hadapan. Biasiswa bernilai USD5000, USD3000 dan USD1500 akan ditawarkan kepada peserta yang layak  bagi meringankan kos penyertaan ke Hollywood.

Tahun ini kejohanan bakal berlangsung di Disneyland, California.

 

Kejohanan i-SiNG

Dalam pada itu, Pertandingan mencungkil bakat i-SiNG adalah sebuah platform yang telah bermula sejak tahun 2017 khusus mengetengahkan pencarian bakat dalam seni pentas yan semakin popular masa kini. i-SiNG merupakan sebuah kejohanan bertaraf antarabangsa dengan tujuan mencungkil bakat-bakat baharu dari usia 16 tahun ke atas melalui bidang nyanyian untuk dipertandingkan pada peringkat antarabangsa.

i-SiNG telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada luar negara bermula tahun 2017 dengan mengetengahkan Nabilah Mohammad pada tempat ke-7 di Yangon, Myanmar. Manakala pada tahun 2018, peserta lelaki Shafiq Ikhwan berjaya menggondol juara menewaskan wakil dari 40 buah negara dan pada tahun ini, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan berjaya di tempat kedua serta ketiga dalam kejohanan yan berlangsung di Stockholm, Sweden.

Bagi tahun 2020, kejohonan berprestij ini bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan dijaudalkan selama 5 hari bermula 10 hingga 15 september. Dianggarkan sebanyak 50 buah negara akan menyertai kejohanan ini.