Kuala Lumpur – Shakti, kumpulan akustik jazz terkenal yang dibentuk oleh gitaris jazz-fusion yang terkenal John McLaughlin dan pemain Tabla Zakir Hussain, pada pertengahan 1970-an, akan tampil untuk konsert satu malam  pada 17 Januari 2020 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Shakti yang terdiri daripada John Mclaughlin (Guitar), Zakir Husain (Tabla), Shankar Mahadevan (Vokal), Ganesh (Violin), V Selvaganesh (Percussion) kembali berkumpul bersama selepas kehilangan Mandolin U. Srinivas pada tahun 2014.
Pada awal tahun 2019, kumpulan itu sekali lagi muncul dan kini dengan pemain biola baharu, Ganesh Rajagopalan dari India. Dengan pembentukan ahli baru, Shakti kini bangkit dengan pelbagai pertunjukkan dan persembahan dan bakal muncul dengan album baru pada tarikh sama konsert di Kuala Lumpur.
“Kami sangat teruja untuk kembali ke Malaysia dan membawa persembahan baru untuk para peminat yang tidak pernah kita lihat kami dalam beberapa tahun ini,”.
“Peminat-peminat kami di Asia sentiasa menyambut kami dan ini adalah hadiah buat seluruh peminat di Malaysia selepas persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Pihak wartawan bersama penganjur Shiraz Project dalam satu sidang telefon bersama John McLaughlin langsung dari Perancis turut berpeluang bertanyakan beberapa soalan mengenai perkembangan terbaru kumpulan Shakti.
Beliau juga turut memaklumkan akan menyampaikan beberapa buah lagu dari album terbaru mereka sebagai kejutan buat para peminat yang hadir ke konsert itu nanti.
Ditubuhkan pada tahun 1973 oleh gitaris John McLaughlin dan tabla maestro Zakir Hussain, SHAKTI mempelopori kolaborasi Timur dan Barat dan memperlihatkan peranan penting dalam mewujudkan muzik Fusion. Pemain violinis L.Shankar dan pemain ghatam T.H. Vikku Vinayakram adalah sebahagian daripadai ahli asal yang turut sama mula menempa nama.
Atas sebab-sebab tersendiri, kumpulan itu dibubarkan pada tahun 1978 dan pada akhir tahun 90-an pembaharuan ahli dilakukan dengan Shankar Mahadevan berfungsi sebagai vokalis, U.Srinivas bagi mandolin dan Selvaganesh Vinayakram menggantikan ayahnya Vikku.
Bagi anda yang berminat untuk merasi dimensi kreatif muzik jazz ini, tiket boleh didapati pada jam 10 pagi pada hari Isnin, 7 Oktober 2019 di www.myticket.asia dan berharga RM 1255 (VIP), RM755 (Diamond), RM555 (Platinum), RM355 (Emas) RM255 (Silver).