Subang Jaya – Filem animasi berkisarkan tentang seorang anak yatim bernama Salma yang mengabadikan seumur hidupnya bagi merungkai rahsia mengenai Ibu bapanya yang tidak pernah diketahui identiti mereka. Tinggal di Santa Clara bersama nenek dan dua abang angkatnya membuatkan Salma berhasrat untuk menemui kedua orang tuanya dalam proses memanggil roh mereka yang sudah meninggal dunia dalam perayaan orang mati yang disambut penduduk setiap tahun.

Hasrat Salma ditentang neneknya berikutan sebuah misteri hidup Salma yang akan membahayakan nyawanya.

Perjalanan hasrat Salma difilemkan dalam layar perak animasi yang pasti membuatkan kegembiraan dan keterujaan para kanak-kanak.

 

Sehubungan itu, satu tayangan Perdana filem animasi Salma Big Wish ini diadakan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd sebelum tayangan di Malaysia secara rasmi bermula 12 Disember 2019.

Selain jemputan para Media cetak dan elektronik, sesi tayangan turut disertai 30 pelajar dari Global Art, Wu Di Education Group dengan ditemani Ibu atau ayah pelajar. Ianya bagi meraikan para pelajar sempena cuti persekolahan hujung tahun.

 

Salma Big Wish diarahkan oleh Carlos Gutierez Medrano hasil karya Eduardo Ancer Dan Juan J. Medina.

Mula ditayangkan di 28 negara seperti Mexico, Germany, Korea Dan Malaysia bermula 30 October 2019 dengan kutipan Box Office setakat ini 3.59 juta.

Baagi anda yang ingin membawa seisi keluarga mengetahui kesudahan filem animasi terhebat ini, jangan lupa ke pawagam berhampiran anda pada 12 Disember nanti.