Kuala Lumpur – Festival muzik rock terbesar Rockaway 2020 kembali lagi dan kali ini menampilkan penghibur antarabangsa dan tempatan yang akan berlangsung pada 14 hingga 15 Mac tahun depan di parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kumpulan dari Australia, Hands Like Houses, Datuk M Nasir, XPDC, Hujan, Kyoto Protocol, Masdo, Toko Kilat dan Project E.A.R adalah barisan artis fasa pertama yang sah akan membuat persembahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Iqbal Ameer berkata, festival yang mula dianjurkan sejak 2009 itu antara lain mahu memberi penghormatan kepada artis rock tempatan. Menurutnya lagi, tahun 2020 merupakan masa yang tepat untuk muzik rock kembali. 

“Muzik rock mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia dan kami merasakan ini masa yang sesuai untuk memberi penghargaan kepada ikon-ikon rock legenda serta barisan artis-artis baru,” katanya.

Rockaway 2020 akan diadakan pada 14 hingga 15 Mac 2020 di kawasan letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil. 
 
Festival ini turut akan dimeriahkan dengan penampilan artis luar negara yang masih belum diumumkan namanya. 


 
Tiket VIP telah habis dijual dan anda boleh mendapatkan tiket di ruangan Rockzone secara atas talian di www.galactix.asia/rockaway-festival-2020