Kuala Lumpur – Realme baru sahaja melancarkan Realme 5s untuk pasaran Malaysia. Realme 5s adalah model telefon pintar yang telah dipertingkatkan spesifikasinya, sekaligus meletakkan ia berada diantara Realme 5 dan Realme 5 Pro.

Kamera utama menawarkan sensor GM1 48MP berbanding 12MP pada Realme 5. Tiga kamera lain iaiatu 8MP ultralebar, 2MP makro, dan 2MP kedalaman merupakan sensor yang sama digunakan pada Realme 5 Pro.

 

Untuk membezakan Realme 5s, ia kini hadir dengan warna baharu yang dipanggil Crystal Red, versi gabungan warna antara ungu dan biru). Realme 5s menggunakan paparan skrin 6.5-inci HD+ dengan cipset Snapdragon 665, RAM sebesar 4GB, storan 64GB, atau sehingga 128GB. Melengkapkan peranti, telefon ini dikuaskan bateri berkapasiti 5000mAh.

Berdasarkan spesifikasi, Realme 5 dilengkapi dengan skrin 6.5-inci IPS LCD, processor Snapdragon 665 serta dipadankan dengan RAM 4GB dan 128 GB ruang storan.

 

 

Meskipun hadir dengan harga mampu milik, model ini turut menyediakan sebanyak empat kamera pada bahagian belakang yang terdiri daripada lensa 48-megapixel, 8-megapixel ultrawide, 2-mgapixel makro dan 2-megapixel lagi untuk lensa keempat. Kamera hadapan model ini turut dilengkapi dengan lensa 13-megapixel. Lebih menarik, model ini turut disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5000mAh.

 

Realme 5s kini sedia untuk didapatkan di semua rangkaian rasmi Realme dengan harga serendah RM799. Berdasarkan harga yang ditawarkan, jelas Realme sekali lagi berjaya menawarkan telefon pintar yang berbaloi buat orang ramai.