Shopee pecah rekod dengan lebih 80 juta kunjungan dan 80 juta barangan dijual

KUALA LUMPUR: Shopee mencapai prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod jualannya dengan 80 juta barang terjual di platform itu sempena Shopee 12.12 Birthday Sale.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, lebih 80 juta kunjungan direkodkan dalam masa 24 jam daripada pengguna seluruh rantau ini yang membeli-belah melalui jutaan tawaran pada 12 Disember lalu.

Katanya, di Malaysia lebih daripada 600,000 barangan dijual dalam tempoh satu jam pertama di mana produk usahawan tempatan di halaman kempen Beli Barangan Malaysia menyaksikan peningkatan pesanan melebihi 70 peratus.

“Hasil memberangsangkan pada 12.12 Birthday Sale ini menunjukkan masyarakat percaya dan yakin pada Shopee untuk memberikan pengalaman beli-belah dalam talian yang terbaik.

“Ia juga petanda bahawa dari segi kepelbagaian produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan, Shopee melakukannya secara betul.

“Shopee kini menjadi aplikasi beli-belah harian pilihan untuk semua penduduk di rantau ini dan kami komited untuk menjadikan e-dagang mudah dan dapat diakses oleh semua,” katanya, semalam.

Selain itu, pengguna turut bergantung pada Shopee untuk membeli produk harian mereka.

Keperluan harian seperti cecair pencuci, pencuci mesin basuh, kotak simpanan kasut dan alat tulis muncul sebagai antara produk paling laris di Malaysia pada 12 Disember.

Pada hari berkenaan juga, jumlah lampin pakai buang yang dijual pada 12 Disember boleh bertahan selama 12,002 tahun untuk seorang bayi dan telefon pintar yang dijual boleh meliputi tiga padang bola sepak.

Ho berkata, Shopee 12.12 Birthday Sale itu menandakan berakhirnya 2019 yang cemerlang.

“Kami telah merekodkan begitu banyak pencapaian sepanjang tahun ini tetapi apa yang paling menonjol adalah sokongan padu yang kami terima daripada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami.

“Meninjau ke hadapan bagi 2020, kami akan terus meningkatkan pengalaman membeli-belah di Shopee dan merungkai potensi e-dagang sepenuhnya untuk semua,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s