Kuala Lumpur – Peruncit barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports mengadakan karnival jualan terbesar di hall 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 20 disember 2019 sehingga 1 januari 2020 iatu selama 13 hari.

Karnival itu yang menyaksikan jualan sebanyak 70,000 unit barangan pelbagai jenama sukan terkenal seperti Adidas, Puma, Umbro, Teva, Lotto, Timberland, Asics dan banyak lagi. Manakala, barangan yang dijual bermula serendah RM5 sahaja.

Orang ramai mula beratur panjang seawal jam 6 pagi bagi tidak melepaskan peluang menjadi pelanggan terawal yang membeli sejurus ruang masuk ke karnival dibuka secara rasmi pada jam 10 pagi tadi.

Karnival dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif PWTC Dato’ Sri Dr. Irmohizam Ibrahim dan turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, pemain bola sepak Amri Yahya dan Shahril Arshad serta para selebriti tempatan.

Kira-kira seramai 5,000 pelanggan mula membanjiri pada hari pertama karnival dan jumlah ini dijangka meningkat pada hujung minggu ini.