Kuala Lumpur –  Syarikat pengeluar rokok elektronik berasal dari China, SNOWPLUS hari ini melancarkan perisa terbaru iaitu SNOWPLUS edisi  kopi. Perisa terbaru ini dibangunkan dari ekstrak biji kopi sebenar dan diatomkan
serta ia bebas nikotin.

Dihasilkan bagi menfokuskan tujuan untuk membantu perokok tegar untuk bebas merokok dan memilih perisa kopi mengandungi kafein, ianya mampu mengurangkan ketagihan tembakau. Pod ini direka tahan lasak agar ia dapat berkualiti tinggi dan selamat diguna. Produk ini menepati piawaian keselamatan global, termasuklah di Kesatuan Eropah dan Pendtadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

SNOWPLUS Edisi Kopi yang baru diperkenalkan mempunyai bateri berkapasiti tinggi untuk memastikan hayat bateri tahan lama dan mampu bertahan selama dua hingga tiga hari untuk pengguna biasa. 

Pengurus Besar SNOWPLUS Malaysia, Dr. Edward Choo berkata, “SNOWPLUS akan sentiasa mempercayai pembuatan, penjualan dan penggunaan produk rokok elektronik yang bertanggungjawab.

 

“Syarikat kami telah membuat penyelidikan secara meluas tentang perkara ini, dan kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan. Kami sentiasa kehadapan dan menerima baik pandangan serta cadangan pelbagai pihak agar usaha baik memastikan rakyat Malaysia bebas merokok dan mengamalkan produk ‘zero nikotin’ diteruskan” katanya.

Pengasas SNOWPLUS, Encik Derek Li pula berpendapat bahawa pasaran kini tertarik kepada alternatif yang lebih bagus dan selamat dan SNOWPLUS edisi kopi ini adalah pilihan terbaik untuk beralih kepada produk bebas nikotin.

Baru-baru ini, syarikat penyelidikan pasaran iaitu Green Zebras Sdn Bhd mendapati bahawa majoriti perokok di Malaysia (69%) menyatakan mereka berharap akan ada undang-undang yang memberi kelulusan untuk menjual dan mengedar penjualan rokok elektronik berasaskan nikotin, agar mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk membantu mereka berhenti merokok. Sementara itu, pegawai-pegawai kesihatan di Malaysia menjangkakan kerajaan bakal merangka undang-undang baharu terhadap produk rokok elektronik di tahun 2020.

Kini, SNOWPLUS Edisi Kopi boleh didapati melalui aplikasi Shopee dengan harga promosi terbaik.