Kuala Lumpur – LEGO® Malaysia melancarkan set bertemakan Tahun Baru Cina, LEGO® Lunar New Year (LNY) ke dalam pasaran Asia Pasifik akan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan penuh gilang-gemilang menerusi Acara LEGO® Lunar New Year. Acara tersebut yang akan diadakan di Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru mulai 5 Januari hingga 2 Februari 2020, merupakan acara sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina yang pertama seumpamanya oleh LEGO® di Malaysia.

Selain aktiviti membina yang menyeronokkan, LEGO® turut menawarkan promosi eksklusif sempena acara sambutan ini. Pada hari pertama, para pengunjung terawal membeli kedua-dua set LNY baru akan menerima baucar LEGO® bernilai RM28 dan tiga item hadiah dengan pembelian (GWP) edisi terhad (LEGO® Angpow, LEGO® Traditional Drum & LEGO® Candy Box). Mereka yang berbelanja minimum RM238 ke atas sebarang pembelian (tidak termasuk set LNY), boleh memilih salah satu daripada tiga item GWP edisi terhad (set LEGO® Traditional Drum, LEGO® Candy Box atau LEGO® Year of the Rat). Kedua-dua set GWP LEGO® Drum dan LEGO® Candy Box hanya boleh didapati secara eksklusif di Malaysia semasa acara sambutan di Mid Valley Megamall dan The Mall, Mid Valley Southkey.

Promosi ini tidak hanya terdapat di tapak acara sahaja kerana para pelanggan boleh menebus GWP edisi terhad LEGO® Peach Flower Pot dengan setiap perbelanjaan minimum RM1,500 dalam satu resit di mana-mana gedung istimewa kami (RM1,300 dengan Kad Kredit HSBC Malaysia). Tawaran ini terhad untuk satu penebusan bagi setiap pelanggan sehari dan penebusan harian hanya untuk 70 pelanggan sehari di Mid Valley Megamall dan 60 pelanggan sehari di The Mall, Mid Valley Southkey.

Para pelanggan juga boleh menebus angpau bercorak tarian singa LEGO® dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit di mana-mana gedung istimewa kami (RM200 dengan Kad Kredit HSBC Malaysia).

Sebagai bonus, para pengunjung Acara LEGO® Lunar New Year berpeluang memenangi baucar LEGO® bernilai RM10 setiap hari, terhad kepada 50 pengunjung terawal setiap hari. Mereka hanya perlu mengambil gambar dengan mana-mana patung LEGO® yang dipamerkan di acara tersebut dan memuat naik gambar berkenaan ke dalam Facebook atau Instagram mereka. Jangan lupa gunakan #LEGOCNY2020 dalam hantaran anda dan tunjukkan kepada petugas acara untuk menebus baucar anda.