Kuala Lumpur – Yobick telah memperkenalkan varian yang terbaru di pasaran iaitu Yobick Pineapple. Ini merupakan varian keempat di bawal label Yobick di pasaran Malaysia. Dalam masa sama, Yobick turut memperkenalkan duta baharu mereka iaitu Emma Maembong.

Yobick mula memasuki pasaran Malaysia pada Mei 2018 dengan memperkenalkan Yobick perisa original. Produk minuman ini telah mendapat perhatian terutama masyarakat Malaysia yang mementingkan kesihatan.
Pada awal tahun 2019, Yobick Lite+ telah diperkenalkan yang mana ianya mengandungi tambahan kalogen sesuai untuk mereka yang bukan sahaja ingin menjaga kesihatan bahkan kecantikan juga. Seterusnya Yobick Sakura dengan suntikan rasa bunga sakura yang sinonim di Jepun diperkenalkan sebagai tambahan variasi.
SelebritI Emma Maembong dilantik sebagai ikon dalam mempromosi Yobick nenas kepada para peminat dan rakyat Malaysia sekali gus.
Minuman Yobick juga bukan hanya boleh didapati dalam saiz 310ml sahaja bahkan sekarang didatangkan dalam saiz 700ml juga. Bagi anda yang ingin mendapatkan produk minuman yogurt ini, boleh terus ke pasaraya berdekatan.