Malaysia, Brunei dan China kerjasama promosi industri pelancongan pertanian

Kuala Lumpur – Industri pelancongan negara semakin berkembang dan menyaksikan pertambahan jumlah pelancong dari luar sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) pada tahun ini. Pemain industri pelancongan, pameran serta forum kini sedang giat mempromosi negara dengan menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong sempena VMY 2020 dengan menjana pendapatan bernilai RM100 bilion daripada industri pelancongan.

Sehubungan itu, satu majlis Perjanjian Mou Malaysia, China & Brunei sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 dalam bentuk Argotourism dalam industri pertanian telah berlangsung hari ini di Mini Auditorium Malaysia Tourism Centre (MATIC) Kuala Lumpur.

Majlis Perjanjian ini juga adalah bagi membantu memperkasa perniagaan sekaligus memartabatkan ekonomi negara selain dapat menjadikan industri Pertanian dan Pelancongan sebagai ekonomi masa depan negara (Agrotourism).

Majlis dirasmikan oleh ADUN Taman Medan,  Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri. Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan EDMO, Ariff Fadli bin Abd Wahab, Belia Berpadi Pusat Pembangunan Belia Brunei, Hairinshah bin Tahirudin serta Dong Bin dari Guangxi Huanxi Agricultural Development Co. Ltd.

“Pelancongan bukan sahaja menumpukan kedatangan pelancong malah kita amat mengalu-alukan kemasukan industri pertanian dalam membantu meningkatkan ekonomi negara malah menerima teknologi serta skil baru terutama bagi industri pertanian.

“Kerjasama tiga negara ini diharapkan mampu memacu pertumbuhan ekonomi baik kepada Malaysia dalam pelbagai aspek” katanya. 

Sesi ini juga menyaksikan SWA TV dilantik sebagai media rasmi program. Perjanjian Mou ditandatangani oleh CEO, Azmi Jaffri bersama Pertubuhan Pengurusan Pembangunan Ekonomi dan IBN Corporation. 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s