Pagoda tertinggi di Suria KLCC catat rekod sempena Tahun Baru Cina 2020

Kuala Lumpur – Sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula dari 3 Januari sehingga 2 Februari 2020 di mana para pengunjung disajikan dengan pelbagai acara dan persembahan tradisional masyarakat Cina yang disuntik dengan elemen kemodenan.

Seiring dengan tema “The gReAT Lunar New Year”, perayaan tahun ini sejajar dengan kempen pelancongan Tahun
Melawat Malaysia 2020 untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia yang diadaptasikan kepada dekorasi indah di ruang legar Suria KLCC yang bertemakan Pagoda berbentuk oktagon masyarakat Cina dahulu kala.

 

Perayan Tahun Baru Cina yang dilancarkan pada 9 Januari 2020 tersebut diraikan dengan penuh kemeriahan oleh para pengunjung apabila mereka disambut dengan persembahan tarian singa di ruang legar Suria KLCC. Hadir pada majlis pelancaran itu ialah YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir, Pengerusi; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi
dan Ben Chong, Pengurus Besar. Perayaan Tahun Baru Cina kali ini turut disambut dengan pengiktirafan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade diikuti dengan upacara utama tradisi masyarakat Cina iaitu ‘Lou Sang’ yang diketuai oleh YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof.

“Tahun Tikus adalah signifikan kerana ia merupakan tanda permulaan kitaran 12 haiwan Astrologi Cina dan atas
sebab ini, tahun 2020 adalah tahun pembaharuan khususnya bagi masyarakat Cina. Justeru, Suria KLCC telah menyediakan pelbagai aktiviti menilik masa hadapan untuk para pengunjung alami, selain daripada mendalami prospek masa hadapan bagi mengambil langkah-langkah yang yakin untuk tahun 2020.” kata Hashim.

 

Ruang legar Suria KLCC akan menjadi tumpuan utama para penunjung dek kepelbagaian aktiviti yang akan diadakan di sini. Para pengunjung dan pembeli belah juga boleh bergambar dengan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade yang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records 2020’. Dengan ketinggian 70-kaki serta dihiasi dengan keunikan perhiasan tradisional masyarakat Cina seperti tanglung dan bunga ‘peony’, para pengunjung
pasti akan tertarik dengan kemegahan dan keindahan Pagoda tersebut.

 

Suria KLCC juga menyediakan cetakan foto secara percuma untuk para pengunjung di “Prosperity Photobooth”. Kepada para peminat seni, anda boleh mempamerkan bakat anda di bengkel kaligrafi Cina yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang musim perayaan ini.

Bersempena Tahun Tikus, patung-patung tikus comel ditempatkan di setiap pintu masuk utama Suria KLCC iaitu di Ramlee mall, Ampang mall dan Park mall untuk mengalu-alukan para pengunjung dan pembeli belah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s