Nikmati kemeriahan berganda Tahun Baru Cina di Avenue K

Kuala Lumpur – Merangkumi tema ‘A Blooming New Beginning’, atrium Avenue K telah diubah menjadi sebuah taman dengan limpahan bunga bermula 3 Januari hingga 9 Februari 2020 bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2020.

Dengan hiasan pelbagai bunga-bungaan ceri dan peonies yang melambangkan pembaharuan dan permulaan serta burung-burung sebagai simbolik panjang umur dan suasana romantik melonjak di atas ‘langit’ atrium manakala lampu-lampu tanglung Cina yang digantung sebagai kaleidoskop warna yang sangat indah. 

Dalam usaha untuk meraikan golongan yang memerlukan, Avenue K membawa 20 orang warga emas dari Rumah Kasih Rumah Amal untuk berbelanja di Village Grocer disamping majlis makan malam.

 

Selain itu, Avenue K juga turut mengadakan bazaar sehenti untuk barang-barang perayaan yang menjual pelbagai jenis makanan buatan sendiri pakaian oriental, kraftangan dan banyak lagi.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik turut diadakan termasuk tarian Art Street, tarian kebudayaan, pertunjukan lukisan Speed Erhu, pertunjukan Diabolo, seni Kaligrafi, dan persembahan muzikal yang direka untuk menghiburkan para pembeli.

 

Nikmati kemeriahan berganda dengan Paket Kemakmuran Avenue K dan Penebusan Fortune Bag! Anda boleh menebus satu set Paket Kemakmuran bertuah dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM288 (RM200 untuk ahli kad AK Neighbors). Penebusan adalah terhad.

Biskut cip coklat Famos Amos dan voucer RM10 dari Nene Chicken boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM388 (RM288 untuk ahli kad AK Neighbors).  

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi satu set yee sang dari Dolly Dim Sum dengan menyertai  pertandingan di laman Facebook Avenue K.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s