Restoran ikonik A&W Petaling Jaya bakal ditutup untuk projek pembangunan

Petaling Jaya – Restoran makanan segera A&W ikonik di Petaling Jaya yang pernah tular mengenai berita penutupannya sekitar tahun 2014 akhirnya mengumumkan keputusan penutupannya dalam satu sidang media semalam.

Difahamkan penutupan cawangan ini adalah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. Untuk pengetahuan, tanah yang menjadi milik Inter Mark Resources Sdn Bhd ini sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum diambil semula.

Untuk pengetahuan, cawangan berusia 55 tahun ini merupakan cawangan kedua A&W Malaysia dan merupakan cawangan pertama dengan kemudahan pandu lalu.

Dalam pada itu, dilaporkan pihak A&W Malaysia sedia untuk membuka lebih 20 cawangan A&W seluruh Malaysia pada tahun ini. Difahamkan, cawangan ini bakan beroperasi buat enam hingga lapan bulan terakhir ini.

Pastinya restoran ikonik berusia 55 tahun ini meninggalkan pelbagai kenangan buat anda. Berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum ditutup, mungkin sudah tiba masanya anda berkunjung buat kali terakhir sebelum dirobohkan buat selama-lamanya.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s