Ampang – Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Virus influenza mudah berjangkit. Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa maut.

Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun.

 

Jenama produk kebersihan diri, Antabax dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dengan itu mengadakan satu program Kempen ABC for Health khusus memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya penjagaan kebersihan serta amalan hidup sihat sebagai langkah awal pencegahan serta perlindungan diri dari jangkitan virus ini. 

Mengulas ancaman virus berkenaan, Perunding Perubatan & Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri, Dr Muhammad Yazli Yuhana, berkata influenza adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan termasuklah hidung, tekak dan paru-paru. 

 

Beliau berkata, jangkitan selesema yang disebabkan virus ini serius dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

 

Umum menyedari jangkitan virus berkenaan mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lama sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung. Amalkan langkah pencegahan awal dengan kebersihan diri yang menyeluruh.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.