Kuala Lumpur –  Mengakui sukar untuk menurunkan berat badan walau telah berusaha dengan pelbagai cara, selebriti Dina Nadzir kini menarik nafas lega kerana berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 6 kilo dalam masa empat minggu.

Dina yang ditemui dalam satu sidang media kini dilihat teruja dengan penampilan terbaru menjelaskan beliau kini lebih aktif dan bersemangat dengan hasil setelah mengikuti program rawatan pelangsingan signatur SSSlim di SSKlinic. 

“Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali! Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”. katanya.

Menurutnya, beliau tidak mengetahui mengenai rawatan tersebut sebelum ini sehinggalah menerima mesej terus dari pihak klinik di laman instagramnya dengan mempelawanya mencuba rawatan ini. Setelah mencuba, beliau berpuas hati dengan hasilnya. 

Perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 yang lalu. Dengan perlantikan tersebut Dina akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelangsingan SSSlim kepada masyrakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.

SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan. Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.

Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah disahkan serta disokong dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.

KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH

Sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen terbaru di mana buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar. Promosi ini hanya untuk pemengang kad kredit sahaja dan bergantung kepada terma dan syarat.

Untuk info lanjut, sila layari laman web di https://www.ssklinic.com/. Untuk promosi terkini boleh layari di Facebook 
Bagi anda yang ingin mengikuti perjalanan Dina, boleh ikuti #nakkurusnakcantik #dinasjourney