Petaling Jaya – Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, eCurve akan menganjurkan Blossoms of Spring, sebuah kempen unik yang sememangnya padan dengan kekayaan, kesejahteraan serta tuah yang baik menanti para pengunjung.

Bermula 31 Disember hingga 27 Januari 2020, Centre Atrium eCurve bakal diubah suai menjadi sebuah laman dengan elemen Cina yang semestinya akan memberikan para pengunjung ketenangan serta ketenteraman. Para pengunjung dapat menyusuri pintu gerbang dimana mereka boleh turut melihat patung batu singa serta pokok bunga yang telah digubah indah. Sebuah pagoda akan turut menghiasi laman bersama pokok nan menghijau dan bunga sakura merah jambu. Tanglung berwarna-warni dari siling juga bakal memperindah kawasan Centre Atrium sebagai sentuhan terakhir yang pastinya melambangkan permulaan musim bunga yang mengujakan.

Turut diinspirasikan oleh musim bunga, sebuah persembahan muzikal yang direka tari khas juga bakal berlangsung. Para penghibur bakal memeriahkan musim perayaan ini dengan sebuah persembahan muzikal yang sudah semestinya akan menghiburkan para penonton dengan pergerakan tarian serta kipas bersama kostum yang memukau.

Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, eCurve berkata, “Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina adalah antara tempoh masa yang cukup sibuk. Oleh itu, kami ingin membawakan sebuah laman Cina dan memberikan peluang kepada para pengunjung untuk berehat dan meluangkan masa santai mereka sempena Tahun Baru Cina ini. Kami berharap agar para pengunjung akan menikmati aktiviti, persembahan serta kawasan laman yang kami sediakan pada Tahun Baru Cina ini.”

Para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian akrobatik singa pada setiap hujung minggu bermula 11 Januari dan hari Tahun Baru Cina.

Pengunjung yang berbelanja di eCurve turut berpeluang untuk menebus hadiah istimewa sempena musim perayaan ini! Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang Fortune Candy Container dan paket Ang Pow dengan membelanjakan RM188 dalam maksimum dua resit. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.