Kuala Lumpur – Jenama kosmetik mewah, Elizabeth Arden berganding tangan dengan platform e-dagang no. 1 Malaysia, Shopee. Melalui kerjasama ini, Elizabeth Arden menawarkan produk mereka pada harga yang berpatutan kepada kaum wanita di Malaysia, seperti rangkaian produk Eight Hour yang telah memenangi anugerah dan dikenali untuk keberkesanannya dalam memperbaiki keadaan kulit secepat lapan jam selepas digunakan.

 

Baru-baru ini, Elizabeth Arden memperkenalkan produk baharu kepada rangkaian produk Eight Hour, Great 8 Daily Defense Moisturizer yang menawarkan penyelesaian semua-dalam- satu untuk kulit sihat dan berseri. Ia memiliki lapan faedah dan melindungi kulit anda daripada kesan negatif pencemaran, sinar biru, UV dan inframerah. Produk-produk lain termasuk formula penjagaan kulit popular Skin Protectant dengan lapan cara penggunaan yang berbeza, Lip Protectant Stick yang boleh didapati dalam empat warna dan All-Over Miracle Oil yang memberikan faedah pelembutan kepada tubuh, muka dan rambut.

Sempena ulang tahun Elizabeth Arden, dari sekarang hingga 31 Januari 2020, para pengguna dapat menikmati diskaun hingga 56% untuk rangkaian produk Eight Hour, diskaun 25% untuk produk berharga biasa dan menerima baucar RM20 apabila anda membeli produk Elizabeth Arden bernilai RM150 dari kedai rasmi Elizabeth Arden di Shopee.

 

Selain daripada tawaran yang bermula hari ini hingga 31 Januari 2020, kedai rasmi Elizabeth Arden akan turut menghoskan Shopee Live Game Show “Are You Chinese Enough” yang akan berlangsung pada hari Jumaat (17 Januari 2020, jam 5 petang). Tujuh orang penonton yang bertuah akan berpeluang untuk memenangi produk Elizabeth Arden bernilai lebih daripada RM250 jika mereka dapat memberi jawapan yang betul mengenai jenama kosmetik dari New York itu.

Layari https://shopee.com.my/shopeelivemy untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah.

 

Memandangkan musim perayaan bakal tiba, para pengguna boleh mengambil kesempatan untuk membeli produk Elizabeth Arden untuk menghiasi diri mereka. Pengguna yang mengunjungi Shopee juga boleh mengambil kesempatan dan menikmati tawaran daripada kempen Jualan Tahun Baru Cina (CNY) Shopee termasuk tawaran harian RM8 dan penghantaran percuma RM18. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Elizabeth Arden, layari
https://shopee.com.my/elizabetharden.os