Kuala Lumpur – Jepun merupakan salah satu negara pengeluar ikan tuna terbesar di dunia. Selaras dengan itu, Dr. Sheva yang merupakan jenama pengeluar produk kecantikan berusaha bagi mengurangkan sisa akuakultur, terutamanya sumber semulajadi yang berharga dan berkhasiat dari sumber laut dengan menghasilkan satu produk terbaik untuk pengguna.

Dengan menggunakan kolagen ikan tuna yang diekstrak dan melalui proses hidrolisis yang dipatenkan, makmal Dr. Sheva dapat memecahkan protein kolagen dan elastin ke dalam molekul yang cukup baik untuk menembusi dan menyuburkan kulit. 

 

Kitaran kulit seseorang manusia selepas berumur 20 tahun akan menghasilkan kira-kira 1 peratus kurang kolagen pada kulit setiap tahun yang berlalu. Kulit menjadi lemah dan berkedut seperti fibroblas menghasilkan kurang kolagen dan elastin. Gel Erage Dr. Sheva mengembalikan keremajaan pada kulit, dari dalam dan luar melalui penyerapan transdermal dan merangsang pengeluaran kolagen baru dan elastin dari dalam.
Gel Erage Dr. Sheva mampu memberikan fungsi baik kepada kulit dalam memastikan ianya terus anjal, mengurangkan kedutan, menghalang pigmentasi, dan merawat masalah pada kulit dengan sempurna. Antara kebaikannya:
Penyerapan Maksimum
Tidak seperti kolagen biasa yang terdapat pada krim kolagen yang lain, ianya mengandungi tripeptida cukup halus untuk menembusi kulit, menjadikannya paling elastin. 
Merangsang Pengeluaran Kolagen
Kehadiran kolagen dalam kulit mencetuskan pembaikan sel kulit rosak dan tidak sihat. Ini memberi isyarat kepada fibroblas sekitar mensintesis untuk membantu merawat masalah kulit sekaligus menjadikan kulit sihat, lebih muda dan bebas masalah.
Kombinasi Kolagen dan Elastin
Kerana kolagen menguatkan kulit anda, elastin memberikannya keanjalan serta memberi keupayaan untuk meregangkan dan anjal semula untuk lebih sihat bagi memberi hasil kulit yang lebih muda.
Gel Erage Dr. Sheva telah dilancarkan oleh wakil utama  Dr Sheva Co; Ltd Japan, Fabian Teh, CEO Dr Sheva Malaysia, Casey Seow bersama duta produk, selebriti Nana Ng. Turut hadir, selebriti Daniella Sya, influencer, blogger dan pengguna produk. 
Bagi anda yang ingin mendapatkan produk serum ini, bolehlah layari laman web www.drsheva.com/shop