Ampang – Mkhan Cosmetics kini melebarkan sayap memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu krim pencerah Erase terbang ke awan biru melalui syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Ini merupakan salah satu kejayaan terbaru yang membawa jenama ini lebih terkenal.

Menurut pengasasnya, Myra Khan berkata Erase merupakan produk keduanya yang sebelum itu mengeluarkan produk set penjagaan kulit. Erase dihasilkan demi memenuhi permintaan tinggi wanita pada masa kini yang mencari satu produk yang mampu memberi hasil menyeluruh.

“Nama Erase dipilih adalah sebagai simbolik kepada produk terbaik ini yang mampu memadamkan semua cela pada kulit, menutup pori-pori sekaligus merawat masalah pada kulit pengguna. Ia bukan sahaja sebagai krim pencerah malah ianya satu produk terbaik yang mampu mengatasi masalah pada wajah.

“Dari segi promosi dan pemasaran, saya bukan sahaja hanya bertumpu kepada stokis dan agen jualan sahaja. Dari situ, saya memikirkan perlu ada peningkatan maka lahirlah idea untuk membawa Erase terbang tinggi bersama Air Asia” katanya dalam satu sidang media.

Dalam majlis pelancaran itu juga, Mkhan Cosmetics mengumumkan selebriti TV, Uyaina Arshad sebagai duta produk.

“Saya bersetuju menjadi duta Erase ini selepas saya mencuba sendiri dan melihat sendiri keberkesanannya. 

“Erase merupakan satu produk yang meliputi semua  fungsi. Dengan menggunakan Erase, anda tak perlu lagi menggunakan apa-apa krim atau lapisan bedak asas yang lain” katanya.

Untuk pelanggan yang ingin memiliki produk Erase, boleh ke laman sosial rasmi mereka Erasebymkhan