InterVenn Bioscience berjaya kesan kanser nosafaring melalui teknik AI

KUALA LUMPUR – InterVenn Biosciences hari ini mengumumkan bahawa ia dapat meramalkan sampel pesakit kanser nasofaring dengan ketepatan 100 peratus berdasarkan kemajuan kajian penyelidikan glikoproteomik yang melibatkan persampelan kajian terhadap 100 sampel darah. 

Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Institut Kesihatan Nasional di bawah pengelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kejayaan analisis ini adalah menggunakan pendekatan proprietari kecerdasan buatan InterVenn melalui kemajuan platform pengkomputeran profil protein. Kerjasama itu dipermudahkan melalui fasilitasi oleh Clinical Research Malaysia, agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

InterVenn sedang berbincang dengan rakan-rakan antarabangsa untuk mempercepatkan pengkomersialan dan pengesahan klinikal diagnostik baru untuk biomarker kanser hidung dan kanser-kanser yang lain.

Dr. Alan Khoo, Ketua Pusat Penyelidikan Kanser di Institut Penyelidikan Perubatan, menegaskan bahawa pengesanan lewat kanser masih menjadi masalah besar di kebanyakan tempat secara global. Ini termasuk di Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan.

Pengesahan penetapan kanser melalui ujian darah, adalah kaedah pendekatan yang berkesan, terutama bagi pengesahan kanser nasofaring, yang merupakan kanser serantau utama yang mempengaruhi Asia Tenggara dan Selatan China.

Protein adalah penanda darah yang biasa digunakan bagi mengesan kanser. Walaubagaimanupun, kebanyakan kaedah  analisis penanda darah protein sedia ada kekurangan sensitiviti.

Oleh itu, InterVenn memperkenalkan panel penanda glikoprotein baru yang lebih sensitif terhadap penanda kanser berpasangan dengan kecerdasan buatan bagi memangkinkan proses penyaringan kanser yang lebih tepat dan cepat.
Pembangunan kaedah analisis ujian darah glikoprotein berpasangan dengan kecerdasan buatan terhadap kanser nasofaring  ini adalah berdasarkan kaedah peyelidikan biopsi cecair yang sama dibangunkan oleh InterVenn terhadap kanser Ovari.

Matlamat utama adalah untuk membezakan antara ketumbuhan berbahaya “ tumor malignant’ dengan ketumbuhan tidak merbahaya “ benign tumor” tanpa mengorbankan ketepatan diagnostik atau mendedahkan pesakit kepada pembedahan yang tidak perlu dan berbahaya.

“Terdapat keperluan yang sangat besar apabila ia datang kepada satu pendekatan platform untuk pemeriksaan dan pengesanan awal kanser yang boleh digunakan di seluruh benua Asia,” kata Aldo Carrascoso, Ketua Pegawai Eksekutif InterVenn Biosciences.

“Setakat ini, pilihan adalah terhad, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan negara-negara Asia lain untuk pergkomersilan pembangunan kemajuan diagnostic glikoproteomik berpasangan dengan kecerdasan buatan.”

Intervenn Biosciences, yang mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Malaysia dan Filipina, sedang mengubah cara dunia menangani kanser dan penyakit lain dengan menggabungkan spektrometri massa dan kecerdasan buatan untuk membuka kunci glikoprotein melalui penemuan biomarker dan sasaran yang lebih sensitif dan tepat.

Mengenai InterVenn Biosciences
InterVenn BioScience merupakan syarikat yang berteraskan  generasi kedepan atau ‘next-gen’ bagi rawatan perubatan yang direka untuk mengoptimumkan kecekapan atau manfaat terapi untuk kumpulan pesakit kanser  melalui pendekatan proprietary kecerdasan buatan InterVenn dan kemajuan platform pengkomputeran profiling glikoprotein dan spektometri jisim. 

Untuk maklumat lanjut mengenai InterVenn Biosciences, sila lawati laman sesawang syarikat di https://intervenn.bio/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s