Rising Star Award 2020 rai kejayaan 210 pelajar tajaan peneraju tunas potensi

Kuala Lumpur – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bersama rakan kerjasama Metropolitan Corridor hari ini meraikan kejayaan 210 pelajar tajaan Yayasan Peneraju pada majlis penyampaian anugerah Rising Star Award 2020 (TRuST ’20).

 
Para pelajar tajaan itu menamatkan pengajian dari pelbagai institusi pengajian tinggi di bawah program Peneraju Tunas Potensi. Kejayaan yang diraih mereka hari ini merupakan manisfestasi kepada kecekalan dan
kesungguhan mereka dalam mendepani rintangan dan cabaran demi mencipta masa depan cerah. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Yayasan Peneraju yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mendaftar seramai 2100 pelajar untuk mengikuti program Peneraju Tunas Potensi, di mana seramai 599 pelajar telah menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan dengan syarikat dan organisasi yang disegani di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Mohd Ariff Ithnin berkata secara keseluruhannya pelajar tajaan Yayasan Peneraju sentiasa menunjukkan pencapaian membanggakan saban tahun.

“Setakat ini, daripada 599 pelajar, 40% merupakan penerima anugerah dekan dan 90.9% mendapat PNGK 3.00 dan ke atas. Mengukur pencapaian mereka berdasarkan PNGK 3.0 ke atas, kita melihat lonjakan dari 87.4% pada tahun 2018 kepada 90.9% pada tahun 2019. Sebagai organisasi yang meletakkan penambahbaikan berterusan sebagai salah satu penekanan utama, kami berharap untuk terus meningkatkan tahap sedia ada dan menggandakan usaha untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing untuk memenuhi keperluan negara,” kata Mohd Ariff. Yayasan Peneraju sentiasa memberi penekanan kepada usaha terbaik dalam persekitaran yang sangat kompetitif dan mencabar ini.

“Kepada belia harapan negara, sambil kami meraikan kejayaan anda, ingatlah bahawa perjalanan anda masih jauh. Anda perlu terus mengharungi rintangan dan cabaran di hadapan dan merubahnya menjadi peluang untuk mencipta kejayaan. Dalam dunia yang sentiasa berubah, bakat muda seperti anda memerlukan gabungan kemahiran yang tepat untuk berkembang maju dalam kehidupan. Walaupun kelayakan akademik masih penting, anda masih perlu mengembangkan kemahiran dengan menerapkan pengetahuan dengan cara yang memenuhi permintaan baharu landskap sosial dan ekonomi yang berubah-ubah,” tambah Mohd Ariff.

 


Oleh itu, Program Pemupukan dan Pembangunan (NDP) sentiasa menjadi sebahagian daripada pembelajaran berterusan Yayasan Peneraju untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan, mengimbangi tiga aspek iaitu Minda (Pengetahuan), Tangan (Kemahiran) dan Jantung (Kebijaksanaan). Kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritikal, dan fleksibiliti sentiasa penting dalam pekerjaan dan kehidupan.

Menurut Pengarah Eksekutif Metropolitan Corridor Sdn Bhd, Sandra Ong, TruST’20 bertujuan bukan sahaja untuk meraikan pencapaian akademik pelajar tajaan Yayasan Peneraju, tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain untuk cemerlang dalam kerjaya masing-masing. Beliau berharap semua graduan ini akan menjalani hidup
mereka dengan baik ke arah masa depan yang cerah dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Anugerah pencapaian cemerlang tahun ini jatuh kepada Ain Najwa bin Arbain yang menerima ANUGERAH GRIT atas keberanian, semangat, tekad yang kuat dan kekuatan karakter. Beliau menerima anugerah pencapaian akademik yang konsisten di bawah kategori teknologi serta anugerah kecemerlangan pelajar. Beliau menunjukkan prestasi
cemerlang sepanjang pengajiannya di bawah program Peneraju Tunas Potensi.

 

Ain Najwa meraih pelbagai kejayaan meskipun sedang berdepan cabaran peribadi. Ain Najwa membuktikan bahawa cabaran hidup bukan halangan untuk berjaya. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan tiga adik-beradik lain dan hidup dalam serba kekurangan disebabkan kekangan kewangan. Tetapi beliau tekad dan lulus dengan PNGK 3.94 dalam Sarjana Muda Sains Komputer (kepujian kelas pertama) pengkhususan dalam Data Analytics. Beliau juga memenangi Anugerah Pelajar Terbaik dari Universiti Asia Pasifik dan kini bekerja sebagai Penganalisis Data di Air Asia Sdn. Bhd.

Mohd Ariff juga menggesa para graduan untuk terus memperbaiki diri dan mengubah diri menjadi pemimpin yang memberi inspirasi kepada orang lain dan mencapai kegemilangan. Tema tahun ini Menginspirasi Kecemerlangan menekankan kepada ketabahan dan kesungguhan para pelajar untuk bangkit dari kesukaran dan menjadi seorang graduan cemerlang hari ini. Ada yang mereka berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik dan mempunyai impian untuk berjaya dalam kehidupan dengan kekuatan pendidikan dan Yayasan Peneraju merubah impian mereka menjadi realiti.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah membangunkan seramai 29,500 bakat Bumiputera sejak penubuhannya pada tahun 2012 di bawah tiga program teras: Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s