Petaling Jaya – Sebuah program realiti yang mengasah bakat solekan, Malaysia Top MUA bakal menemui penonton tidak lama lagi. 
 
Menurut pengasas Alha Alfa Cosmetic, Datuk Alha Alfa, menerbitkan sebuah rancangan bercorak solekan sudah menjadi cita-citanya.

 
“Selalu kita tengok program realiti nyanyian, fesyen, lakonan dan ini pertama kalinya kami mengangkat tema solekan ke depan. 
 
“Orang tak tahu sebenarnya kerjaya jurusolek ni sangat penting. Kalau orang selalu tengok jurusolek kerja di belakang tabir, ini salah satu sebab saya nak mencungkil bakat-bakat MUA amatur tanah air,” ujar Alha.

Alha ditemui ketika majlis sidang media pelancaran program Malaysia Top MUA yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya sebentar tadi. 


 
Seramai 10 jurusolek amatur akan mempamerkan bakat solekan masing-masing bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan RM50,000.
 
10 senarai peserta Malaysia Top MUA adalah:

1. Roskartini Zainudin
2. Rahimah Abdullah
3. Mohamad Suhaizan Shaharudin
4. Syahril Aswat Rosly
5. Anis Aida Muda
6. Noor Aida Muhammad Azhar
7. Albion Hassan
8. Muhammad Yazid Ujod
9. Fifi Nor Atiqah Jaba
10. Mohd Rifqi Zaki
 
Barisan juri Malaysia Top MUA turut menampilkan beberapa personaliti popular tanah air seperti Rozita Che Wan, Datuk Aznil Haji Nawawi, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datin Paduka Suhaimi Baba, Kavitha Sidhu, Amber Chia, pelakon Indonesia Nana Mirdad dan ramai lagi. 
 
Malaysia Top MUA akan bersiaran setiap Sabtu di saluran Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro GO bermula 15 Februari 2020 pada jam 9 malam.