Nestlé lancar peraduan gaji seumur hidup

Petaling Jaya – Nestlé Malaysia menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4 juta dengan melancarkan peraduan terbesar negara dikenali Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup.

Dengan hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ berjumlah RM3,000 setiap bulan untuk dua pemenang.

Peraduan bermula 14 Februari hingga 30 April 2020 turut menawarkan 10 pemenang hadiah sagu hati memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan.

Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Bhd, Juan Aranols, berkata, Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia.

“Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama kami selama lebih 100 tahun, dengan memberi peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka.

“Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup di sini, hari ini. 

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau aplikasi Whatsapp.

Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. 

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak serta kedai serbaneka di seluruh Malaysia dan platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian.

Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop dan PGMall. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s