Kuala Lumpur – Butik muslimah MUNAWWAREEN baru-baru ini melancarkan koleksi jubah dan pakaian muslimah untuk wanita yang mementingkan kualiti, gaya, keselesaan dan pada masa yang sama, menepati kehendak-kehendak syarie. 

Munawwareen 2020 menampilkan rekaan fesyen berkualiti dan busana muslimah serta helaian jubah eksklusif yang sangat selesa untuk wanita di luar sana.

Pemiliknya, Puan Hajjah Aliza binti Abu Bakar berkata, koleksi telekung dan jubah direka khas untuk keselesaan dan menepati syariat dalam menutup aurat sekaligus cantik dan sopan dipandang mata.

“Kami yakin dapat memberikan rekaan yang selesa kerana fabrik yang digunakan adalah dari kualiti yang tinggi dan sesuai dengan cuaca kita dengan harga sangat berpatutan.

“Kami juga mempunyai rekaan poket dihadapan tudung untuk memudahkan para wanita menyimpan barang berharga seperti telefon bimbit dan sebagainya demi keselamatan” katanya semasa pelancaran.

Acara terbabit memperkenalkan koleksi terkini jenama yang diasaskan oleh pengarah urusan mereka, Hajah Aliza Abu Bakar dan ia turut dihadiri ramai selebriti seperti Rohana Jalil, Syafie Naswip, Raja Afiq, Salwa Abd Rahman, Ayu Damit dan ramai lagi.

Untuk sebarang informasi lanjut, singgah ke butik Munawwareen di No 72, GF, Jalan Wangsa Delima, Pusat Bandar Wangsa Maju atau layari laman Instagram @munawwareen.