Kuala Lumpur – Pengeluar terkemuka tilam latex semula jadi, Getha baru-baru ini mengadakan roadshow bagi memperkenalkan koleksi terbaru mereka bertema Aloha Getha Hawaii.

Roadshow tujuh hari yang berlangsung di pusat beli belah Mid Valley Megamall Kuala Lumpur itu telah mempamerkan pelbagai produk tilam diperbuat menggunakan 100 peratus latex tulen dan peralatan produk tidur berkualiti tinggi termasuk produk paling laris, Getha pillow yang memberi keselesaan kepada pengguna. 

 

Koleksi Aloha Getha Hawaii terdiri dari 4 siri iaitu Aloha, Waikiki, Honolulu dan Grand Pacific. Dilengkapi teknologi AO, 100% latex semulajadi serta teknologi perisai radiasi penjagaan bio dan penyelesaian revolusi yang disasarkan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup dalam melindungi tubuh daripada radiasi semasa tidur, mencegah tekanan dengan mengurangkan elektrik statik, mengawal irama bio badan, mempromosikan kualiti tidur yang sangat dan menghalang penyakit serta bau yang disebabkan bakteria.

 

Pada program roadshow ini, ada beberapa station yang disediakan untuk pelanggan mengetahui tentang elemen-elemen yang diperlukan untuk mendapatkan tidur berkualiti. Ada 5 bahagian iaitu Sight (Penglihatan), Scent (Aroma), Sound (Bunyi), Touch (Sentuhan), dan Taste (Rasa). Setiap bahagian mempunyai kakitangan yang akan menerangkan aspek tersebut.

 

 

 

Pada masa kini, manusia sukar mendapatkan tidur dan rehat yang berkualiti atas sebab tekanan kerja dan jadual yang padat. Secara tidak langusng ini juga mempengaruhi kesihatan badan dan emosi kurang baik. Oleh itu, Getha mengambil aspirasi dengan mengeluarkan produk terbaik agar setiap pelanggan mampu menikmati nikmat rehat yang sempurna sekali gus membantu menstrukturkan semula kesihatan tubuh badan.

Roadshow ini juga meraikan pelanggan dengan pemberian minuman air kelapa secara percuma bagi mana-mana pelanggan yang telah lengkap ke lima bahagian diatas.

 

Promosi istimewa di Aloha Getha Roadshow ini, pelanggan boleh memiliki sepasang Aurum Pass untuk ke Getha Lux Suites bernilai RM300 dengan pembelian sebanyak RM8,888. Pembelian RM10,000 ke atas pula berpeluang memiliki beg lugage Samsonite bernilai RM1399.

 

Paling menarik, jika pelanggan membeli tilam dari koleksi Hawaii series semasa roadshow ini akan berpeluang memenangi trip percutian mewah 5D4N ke Hawaii, USA dengan penerbangan kelas bisnes. 

Getha sentiasa memberikan nilai terbaik kepada pelanggan dan dengan itu, para pengunjung roadshow ini juga diberi peluang menyertai pertandingan Getha Golden Egg Game. Setiap pengunjung perlulah melakukan 25 kali lompatan diatas trampolin tilam latex dalam masa 10 saat. Setelah berjaya, pengunjung akan diminta memilih sabiji telur emas dan pecahkannya. Pengunjung akan memenangi hadiah berdasarkan kertas yang terdapat dalam telur tersebut.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk sertai roadshow di Mid Valley Megamall, tidak perlu risau. Ini kerana Getha akan buat roadshow lagi pada 26 feb -1mac di Bangsar Shopping Centre dan 24-29 mac di 1Utama.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.getha.com.my/sleep/alohagetharoadshow/