SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hadir ke Istana Kayangan pagi ini untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin tiba jam 8.50 pagi dengan kenderaan rasmi Menteri Besar dipercayai untuk berbincang dengan Sultan Selangor mengenai situasi politik semasa negara yang turut membabitkan negeri berkenaan.

Bagaimanapun, tiada EXCO kerajaan negeri dilihat hadir dalam pertemuan berkenaan.