KUALA LUMPUR – Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade Asia)
syarikat yang menerbit e-money, telah memperoleh kelulusan pihak pengawal selia untuk menambah saiz e-wallet Merchantrade Money yang pernah memenangi anugerah itu kepada RM20,000.

Ketika ini, saiz wallet Merchantrade Money dihadkan pada RM10,000 dan saiz walet baru dijangka berkuatkuasa sebelum akhir suku kedua 2020.

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata penambahan itu merupakan satu lagi langkah besar dalam usaha kami ke arah digitalisasi dari tunai kepada tanpa tunai. Inilah komitmen kami untuk memberikan kemudahan digital kepada pelanggan kami.

“Kami telah melihat corak pelanggan menggunakan e-wallet kami di mana mereka cenderung untuk menukar dan menyimpannya untuk perjalanan mereka dan cara ini pastinya memberi mereka kemudahan dan fleksibiliti yang lebih,” tambah beliau.

Saiz wallet baru ini akan membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak mata wang yang sudah ditukar dan ia memudahkan urusan pembelian dan pembayaran yang lebih besar untuk barang dan perkhidmatan. Ini termasuk pembayaran untuk perjalanan dan perbelanjaan penginapan melalui kad Merchantrade Money mereka dan ia memberikan pengalaman tanpa tunai dan kemudahan pembayaran yang lebih baik.

Ramasamy berkata industri pertukaran wang di Malaysia bernilai kira-kira RM80 bilion dan saiz wallet baru itu akan membantu Merchantrade meningkatkan jumlah pelanggan baru.
 
Popular di kalangan pengembara, pelajar yang belajar di luar negara dan ibu bapa mereka, pelanggan Merchantrade Money kini mempunyai akses kepada 20 mata wang asing untuk menukar secara langsung termasuk Dolar AS, Dolar Singapura, Pound British, Dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Thai Baht, Yen, Riyal Saudi, China Renminbi, Dolar Hong Kong, Won Korea Selatan dan Rupee India, dalam e-wallet mereka.

Mengenai Merchantrade Asia Sdn Bhd

Merchantrade adalah pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) tempatan yang disegani, menjalankan perkhidmatan pengiriman wang, pertukaran wang, perkhidmatan mata wang borong dan penerbit e-wang. Melalui rangkaian cawangan dan platform dalam taliannya yang boleh dipercayai, Merchantrade menyediakan pengguna akses mudah ke saluran yang selamat, boleh dipercayai dan cepat untuk pertukaran mata wang, pemindahan wang dan pembayaran merentas sempadan.

Merchantrade beroperasi di 86 pusat perkhidmatan wang runcit di pusat membeli-belah utama antaranya di Pavilion KL, KLCC dan KL Sentral yang menawarkan mata wang runcit, pengiriman wang dan Merchantrade Money.