KUALA LUMPUR – Majlis Raja-raja Melayu dijadualkan akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, selepas solat Jumaat esok.

Perkara ini disahkan oleh sumber dalaman Istana Selangor.

Media turut difahamkan antara inti pati mesyuarat esok  ialah berhubung situasi politik terkini di negara ini, termasuk kemungkinan yang sedang dalam pertimbangan Raja-raja Melayu terutama sekali Yang di-Pertuan Agong, antaranya termasuk meneruskan kerajaan baharu, serta pembubaran Dewan Rakyat.