KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi bermula Isnin ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun kebenaran beroperasi itu tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat.

“Saya katakan hampir semua (sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan) kerana ada kategori perniagaan yang tidak diizinkan beroperasi.