KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa 4 Mei ini, semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska akan dibenarkan kembali beroperasi, namun ia masih tertakluk kepada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Namun, sekiranya taska itu berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.

Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:

Waktu Operasi:

Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang

Operasi bersyif –
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi – 7 petang

Waktu kehadiran pelanggan –
8 jam

Kapasiti pekerja –
100 peratus

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)

  • Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19
  • Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman
  • Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti
  • Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperasi

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)

  • Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
  • Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
  • Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
  • Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
  • Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
  • Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer
  • Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
  • Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
  • Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (selepas operasi)

  • Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska
  • Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska

Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19

  • Menutup taska serta-merta
  • Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat
  • Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM