Pizza Hut sumbang pizza untuk para ibu yang bertugas di barisan hadapan

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Ibu mungkin kelihatan sedikit berbeza tahun ini, namun ia bukan alasan untuk tidak menghargai wanita-wanita terpenting dalam hidup kita – walaupun bukan bergelar Ketua Rumah, jasa mereka dalam membantu rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi waktu sukar ini amat besar.

Oleh itu, Pizza Hut Malaysia melalui kempen promosinya sempena sambutan Hari Ibu telah mengadakan penghantaran istimewa kepada ibu-ibu yang bukan sahaja gigih menjaga keluarga di musim PKP ini, malah ada juga yang berkorban nyawa untuk menjaga rakyat Malaysia.

Piza berbentuk hati yang disertakan dengan kad ucapan khas telah dihantar kepada ibu-ibu tabah dan berani yang bertugas di barisan hadapan. Antaranya, penghantar makanan, para doktor, jururawat, dan pegawai polis sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.

 

Penghantaran istimewa dari Pizza Hut ini bertujuan untuk mengalakkan rakyat Malaysia terus menghargai pengorbanan besar perjuangan golongan ibu yang terus memberi semangat kepada keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia untuk terus tabah mengharungi situasi pandemik ini.

“Dalam keadaan musim PKP dimana rakyat diminta untuk duduk dirumah, para ibu telah menjadi wira sebenar dengan tanggungjawab besar mereka di rumah. Selain sibuk menguruskan tanggungjawab dengan keluarga bersulam dengan Work from Home, ada juga para ibu yang bertarung nyawa bertugas di barisan hadapan untuk menjaga anak-anak Malaysia. Ibu-ibu berani ini lah yang dianggap wirawati sebenar. Kasih saying tanpa sempadan mereka adalah penyuntik semangat kepada rakyat Malaysia untuk cekal mengharungi keadaan ini bersama,” kata Emily Chong, Ketua Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Sementara peranan Ketua Rumah itu masih penting, kita juga harus menghargai dan meraikan para wanita yang bergelar isteri dan ibu ini di atas peranan besar yang dimainkan oleh mereka. Merekalah permaisuri dan nadi pada setiap rumah. Tiada yang lebih istimewa untuk meraikan Hari Ibu selain membawa pulang piza berbentuk hati kepada wanita-wanita penting dalam hidup kita.”

“Kami berharap dengan kempen ini kami dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menghargai golongan ibu. Kami juga berharap pizza istimewa ini akan memberi senyuman kepada mereka,” tambahnya.

Pizza Heart boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang di seluruh Malaysia sehingga 17 May 2020 atau sementara stok masih ada. Anda boleh menikmati pizza ini dengan harga bermula RM36.50 untuk hidangan a la carte, sementara pilihan hidangan kombo juga tersedia. Sila pilih khidmat No-Touch Delivery dan No-Touch Takeaway di aplikasi Pizza Hut atau laman web untuk menikmati pizza kegemaran anda pada kaedah bebas-sentuhan yang paling selamat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s