KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu Bernama menerusi mesej WhatsApp yang ditetapkan oleh mahkamah itu pada 19 Mei untuk pengurusan kes menetapkan tarikh perbicaraan baharu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.