KUALA LUMPUR – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram RM 1.25 bilion (US$248 juta) berkaitan penyelewengan dana 1MDB, lapor portal Berita Harian.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Azman Ahmad selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.